Thursday, 5 July 2012

Siapa Diriku

Intro.........
Aku dilahirkan di sebuah desa di dalam daerah Segamat, Johor pada 31 tahun yang lalu.Kehidupan kami sederhana...ada 6 org adik beradik & Alhamdulillah...masih mempunyai ibu dan ayah.Aku bahagia dgn kehidupan kami yg sederhana, lebih2 lagi dalam suasana kampung yg aman damai.

Alam remaja...
Dunia remajaku bermula seawal 19thn dgn merantau mencari ilmu & pengalaman hidup di negeri orang...Itulah kali pertama dalam seumur hidupku berjauhan dengan keluarga serta keluar dari kampung.Istilah sebenarnya bagi diri aku ni ibarat "katak keluar dari tempurung"...."burung terbang bebas"...

Jakun??....memang aku jakun..(#kalau tempat aku di Johor, istilah 'jakun' biasa digunakan bagi org yg buat satu perkara pada kali pertama @ 'excited'.)...Selama ni dok kampung, bila dapat dok bandar rasa seronok yg amat..ye lah, kiri kanan dengan kawan sebaya...enjoy sana,enjoy sini (# xde la sampai lupa diri).Niat merantau semata2 untuk menimba ilmu masih tersemat di dada..walau di tengah-tengahnya terselit cerita babak percintaan (ahh...x perlu untuk aku kenang cinta yg ntah ape2)...

Alhamdulillah, sepanjang merantau menuntut ilmu di negeri orang aku berjaya menggenggam segulung Diploma & Ijazah..Pelbagai onak & duri kulalui, sehingga ada kalanya aku tertewas jua...aku pernah 'jatuh' & aku bangkit kembali...hanya bersandarkan kepada Yang Maha Esa..

Dalam pada merantau di negeri orang, aku melalui pengalaman hidup yang sungguh bermakna..yang tidak boleh dibeli dengan nilai wang ringgit..alam kehidupan sebagai pelajar dan pekerja yang mencabar menjadikan aku begitu matang..

Pernah pada satu masa aku kerja sambilan lepas habis belajar..duit dalam poket hanya cukup untuk belanja makan esok..jadi, aku perlu buat pilihan samada duit itu aku perlu guna untuk tambang bas @ makan...aku buat pilihan untuk belanja makan diriku & aku rela berjalan kaki pulang ke rumah sewaku yang mengambil masa 1/2 jam...bagi aku sebagai seorang wanita berjalan kaki dalam tempoh itu amat memenatkan...rasa kaki aku macam nak patah & nak pengsan....hanya Allah yang tahu...Itulah antara pengalaman hidup yang paling aku kenang sampai ke saat ini....

No comments:

Post a Comment